Terkini !!! Kes baharu hari ini (5,725)

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan berkaitan kit ujian COVID-19 dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan yang disarankan KKM.

 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,725 kes baharu Covid-19 dengan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,423 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 157,722.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 5,268 adalah penularan tempatan manakala tujuh jangkitan di luar negara.

Sekiranya terdapat keperluan untuk menjalankan ujian COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan ujian tersebut dari fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM.
Pembelian, penjualan dan penggunaan kit ujian COVID-19 dalam kalangan orang awam dikhuatiri akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 kerana kit ujian yang dijual kepada orang awam mungkin tidak melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Pakar Penilaian Kit Ujian COVID-19.
Di samping itu, orang awam tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menginterpretasi keputusan ujian yang diperolehi dan mengendalikan situasi setelah mendapat keputusan ujian tersebut.

Image may contain: text that says 'fooo myhealthkkm MyHEALTH SMALANE Bersama COVID-19 CONFIRMED CASES BY STATE (as of 29/1/2021, 12 PM) NUMBERO CONFIRMED NEW CASES TOTAL DISCHARGE ICU 203,933 5,725 TOTAL DEATH 157,722 301 TOTAL CASES 733 62,189 NEW CASES +3,126 48,307 SELANGOR +288 24,338 SABAH +687 19,746 11,450 +69 KUALA LUMPUR +684 7,678 JOHOR NEGERI SEMBILAN +99 5,932 PULAU PINANG +73 4,124 5,634 +125 PERAK +179 3,380 KEDAH +74 SARAWAK 3,193 MELAKA +93 2,859 2,094 67 KELANTAN +5 1,974 +137 PAHANG LABUAN 864 +16 171 TERENGGANU +3 PUTRAJAYA PERLIS Source: Source:CPRC,MOH CPRC,'

Sumber: