Tersalah upload gambar kekasih di FB, Raja Dadah paling dikehendaki 200 negara akhirnya diberkas.Seorang raja dadah terkenal yang dikehendaki di hampir 200 negara akhirnya berjaya dikesan dan ditahan pihak berkuasa selepas teman wanitanya memuat naik gambar mereka berdua di Facebook.
Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 39 itu telah ditangkap di sebuah kompleks pangsapuri di bandar Cali di Colombia di Valle del Cauca, barat daya ibu kota Bogota.
Lelaki yang berasal dari Mexico itu dikatakan tiba di negara tersebut pada Februari lalu untuk menjadi broker penjualan kokain dengan Angkatan Bersenjata Revolusioner Tentera Rakyat Colombia bagi pihak Kartel Sinaloa.
Tetapi selepas menyelesaikan urusannya, dia dilaporkan telah pergi ke Cali dan sering bertemu dengan seorang model yang tidak didedahkan namanya.
Pasangan itu dipercayai menghabiskan masa bersama selama beberapa malam di sebuah apartmen mewah.
Abai protokol keselamatan
Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu sanggup mengabaikan segala protokol keselamatan ketika bersama dengan model berkenaan.
Malah, wanita tersebut juga dikatakan berjaya memujuk raja dadah itu untuk berjalan-jalan di tempat tumpuan pelancong di Cerro de los Cristales.
Bagaimanapun, ‘saat indah’ yang dikecapi mereka itu hanyalah sementara selepas wanita tersebut memuat naik sekeping foto memaparkan detik romantis mereka di Facebook.
Berbekalkan petunjuk itu, ejen Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS segera memaklumkan kepada Polis Anti-Narkotik Colombia mengenai lokasi suspek.
Di samping itu, kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Maria Cordova turut merakam lelaki tersebut bersama seorang lagi wanita.
Pegawai perisikan Colombia kemudian mula mengekori lelaki itu dan selepas hampir dua minggu melakukan pengawasan, mereka memutuskan untuk menangkapnya.
Diekstradisi ke Amerika Syarikat
Untuk pengetahuan, lelaki itu terlibat dalam Kartel Sinaloa yang juga dikenali sebagai Blood Alliance.
Ia berfungsi sebagai ‘lubuk’ pengedaran dadah antarabangsa yang besar.
Tidak cuma itu, mereka juga terlibat dengan pengubahan wang haram dan jenayah terancang yang beroperasi di negeri Sinaloa, Baja California, Durango, Sonora dan Chihuahua di Mexico.
Sementara itu, raja dadah tersebut ditahan dengan perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat.
Peguamnya kini sedang berusaha untuk menghalang ekstradisi tersebut manakala pihak polis pula mendakwa bahawa mereka ditawarkan wang sebanyak RM1.1 juta sebagai rasuah untuk pembebasannya.
TONTON :
BACA:
Neelofa dapat berita sepupu meninggal di ruangan komen masa tengah ‘live’ di Instagram
Bekas KSN, Dr Ali Hamsa dilaporkan meninggal dunia
Lelaki tunjuk bukti pembaziran melampau bufet ramadan di Hotel, “tau la kau bayar!