Tiada surat kebenaran polis di arah patah balik

Seramai 30 individu cuba memasuki Kelantan diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kelulusan polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kesemua mereka diarah berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Puteh.

“Tidak sampai 24 jam SJR dilakukan, sudah 30 individu diarah berpatah balik kerana tiada surat polis.

“Kesemua mereka dari Terengganu dan selepas mendapati tiada surat polis, kita terpaksa mengarahkan mereka berpatah balik,” katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, dua SJR lagi, iaitu di Jeli dan Gua Musang, kesemua pemandu dari luar negeri mematuhi arahan dan mempunyai surat kebenaran.

“Kita akan memperketat kawalan SJR di empat lokasi dan hanya membenarkan individu yang mempunyai surat kebenaran sahaja yang boleh keluar masuk ke Kelantan.

“Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan jangan sesekali cuba merentas negeri tanpa mempunyai surat kebenaran,” katanya.

Berita penuh :https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/11/752241/30-kena-patah-balik-tak-ada-surat-polis