Tomboi beria nak peluk amoi tengah kerja, siap kejar masuk kedai! lepas apa terjadi buat netizen puas hati

Tomboi beria nak peluk amoi tengah kerja, siap kejar masuk kedai! lepas apa terjadi buat netizen puas hati

RAKAMAN menunjukkan seorang wanita berperwatakan seperti lelaki atau tomboi mengusik seorang wanita dipercayai jurujual di sebuah kedai aksesori tular media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik tomboi itu sendiri di media sosial, kelihatan ‘mangsa’ beberapa kali cuba mengelak daripada terus diganggu.

Tomboi beria-ia nak peluk amoi tengah kerja, siap kejar masuk kedai! lepas apa terjadi buat netizen puas hati

Malah dia mengakui suka mengusik wanita berkenaan kerana sudah menjangka reaksi yang bakal diterima.

Berdasarkan rakaman, tomboi itu pada mulanya dilihat berborak dengan wanita tersebut sebelum cuba memeluknya.

“Saya suka kacau amoi ni sebab dia takut dengan saya,” katanya dalam video yang dikongsikan.

Video yang dijadikan kandungan di TikTok itu dimuat naik semula di Twitter oleh seorang pelayar.

Dia yang kurang senang dengan tindakan tomboi berjaket merah gelap itu turut mengakui takut seandainya diperlakukan begitu.

“Kalau macam ni, aku pun takut,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Video tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap ia merupakan satu gangguan seksual terhadap jurujual tersebut.

Ni seksual harrasment juga kan? Walaupun dia juga perempuan.
NETIZEN
Rata-ratanya meluahkan rasa marah setelah melihat rakaman video yang dikongsikan.

“Demi content ke ni? Dia bukan takut tapi geli.

“Dah macam sexual harassment. Clearly amoi tu tak selesa dengan dia. Kalau aku, dah report dah ni.

“Ni seksual harrasment juga kan? Walaupun dia pun perempuan sebenarnya,” komen netizen di Twitter.

Komen netizen di Twitter.

Untuk pengetahuan, gangguan seksual adalah perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

Menurut laman web Kementerian Sumber Manusia, gangguan secara fizikal adalah dengan mendekati individu lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa.

Sebagai contoh perlakuan memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina.

BACA: Video gelagat Pencuri Seberat 100 Kg Minta izin Tarik Nafas Semasa Dikejar Polis