Toyota Passo Sette : Sambutan dingin di negara sendiri, hangat di negara orang. Perodua Alza adalah salah satu kereta baru tertua di Malaysia yang anda boleh beli, tetapi ia masih lagi menjadi salah satu MPV kegemaran rakyat Malaysia. Pasaran MPV kini kian menurun kerana ramai keluarga Malaysia inginkan sebuah SUV.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 02
Walaupun MPV yang baru saja melangkau umur 11 tahun ini beberapa hari lepas (ia dilancarkan pada 23 November 2009), saudara Jepunnya iaitu Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas adalah produk yang tidak mendapat sambutan di negaranya. Kedua produk ini dijual selama 4 tahun sahaja, dari 2008 sehingga 2012.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 01
Jadi apakah resipi rahsia yang membuatkan Alza satu kejayaan yang besar, berbanding saudaranya dari Jepun? Dalam rencana kami kali ini, kita akan melihat sejarah saudara JDM Alza dan sebab kenapa ianya produk yang mendapat jualan hambar.
Mengikut trend masa itu
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 02
Sebenarnya, Passo Sette/Boon Luminas mempunyai resipi yang cukup lengkap untuk menjadi sebuah produk yang berjaya di Jepun kerana segmen MPV kompak amat popular pada masa itu. Passo Sette adalah kembar OEM Boon Luminas, dimana Daihatsu menerajui pembangunan MPV kompak pertamanya.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 03
Seperti namanya, kedua MPV berkongsi platform dengan Toyota Passo/Daihatsu Boon/Perodua Myvi generasi pertama dan kedua (casis dipanjangkan). Nama ‘Sette’ bermaksud tujuh dalam bahasa Itali sementara Luminas mungkin berasal dari kata ‘luminous’ (bercahaya).
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 04
Kedua Passo Sette dan Boon Luminas dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 3SZ-VE 4 silinder petrol dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatic. Ia juga dijual dengan opsyen pacuan roda depan atau semua roda. Jadi apa masalahnya?
Sebab #1: Tiada pintu gelangsar
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 05
Penggunaan pintu gelangsar adalah fungsi paling penting bagi pasaran MPV di Jepun. Tak kisahlah operasinya manual atau automatik, janji pintunya gelangsar kalau nak berjaya di Jepun.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 06
Lihatlah model MPV kompak lain yang popular pada masa itu seperti Honda Freed dan Toyota Sienta. Keduanya menggunakan pintu gelangsar.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 07
MPV digunakan untuk mengangkut keluarga dan disebabkan Jepun mempunyai populasi yang kian tua, maka banyak MPV digunakan untuk membawa orang tua. Oleh sebab itu pintu gelangsar lebih mesra pengguna. Malangnya Passo Sette/Boon Luminas tidak ada ciri ini, terus mengugat jualannya.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 08
Kaki model tu pun panjang, memang gagal betul kempen pemasaran Toyota/Daihatsu…
Namun jika anda tetap membelinya, Passo Sette/Boon Luminas dilengkapi dengan akses bukaan pintu yang jauh lebih luas berbanding pintu kereta biasa (sehingga 70-darjah) bagi menyenangkan akses ke barisan ketiga.
Sebab #2: Kempen pemasaran yang teruk
Menariknya, Daihatsu dan Toyota mempunyai cara pemasaran yang sangat berbeza walaupun model kereta serupa. Pendekatan pemasaran Daihatsu untuk Boon Luminas sangat menyeronokkan dan pelik dengan menampilkan haiwan yang bercakap. Memang tipikal Jepun punya cara iklan.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 09
Tetapi, cara Toyota yang menyebabkan jualan yang teruk. Bila Toyota memikirkan demografi untuk Passo Sette, pasukan pemasaran mereka membuat keputusan untuk mensasarkan jualan MPV ini kepada wanita di dalam 30 dan 40an.
Memang tak salah cara, Cuma masalahnya wanita yang digambarkan dalam iklan itu kaya dan mempunyai gaya hidup yang tidak realistik. Walaupun menggunakan model popular, iklan itu dikritik hebat dan menjadi salah satu iklan kereta paling teruk di Jepun.
Sampah di negara sendiri, emas di negara orang?
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 10
Alza ‘convert’ muka depan Passo Sette. ‘Pass’ ke tak ni?
Setahun selepas Passo Sette/Boon Luminas dilancarkan di Jepun, Perodua melancarkan Alza di Malaysia. Korang tahulah apa jadi lepas tuh.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 11
Rakyat Malaysia tak kisah yang Alza datang dengan pintu konvensional kerana ia membuatkan harga Alza berpatutan. Interiornya pula memang Jepun habis, memang memikat hati rakyat Malaysia.
Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada ‘sampah’ menjadi ’emas’ iaitu Perodua Alza 12
Dari sudut pandangan pembeli Jepun, Passo Sette/Boon Luminas bukan MPV yang berbaloi untuk dibeli dek kerana pesaing lain menawarkan opsyen yang lebih baik atau memang disebabkan kempen pemasaran yang gagal.
Namun, dari perspektif pembeli Malaysia, Alza menawarkan nilai yang baik. Walaupun ia sudah menunggu lama untuk digantikan.
BACA:
Ini 4 kawasan di Malaysia berpotensi untuk jumpa emas
Lelaki China dedah asal usul sebenar Covid-19 di Wuhan
Pemandu Mercedes terkejut kena potong dengan MyVi pada kelajuan 172 km/j