AKSI bersahaja seorang wanita dalam video YouTube miliknya ternyata menghiburkan ramai.
Biarpun sudah setahun dimuat naik, video yang dihasilkan Soe Idora Ahmad Ruzi, 25, tiba-tiba menjadi tular selepas sedutannya dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.
Dalam rakaman itu, tudung yang dipakai olehnya ketika membonceng sebuah motosikal terbang ke atas jalan raya sehingga ia mengundang gelak ketawa netizen.
“Itu video vlog yang dirakam pada awal tahun 2020. Di kampung saya di Mersing, Johor. Kami sekeluarga dengan saudara mara berkumpul ramai-ramai.
“Kemudian saya kongsi scene tudung terbang tu di TikTok. Tak sangka video lama tu jadi viral. Kami naik motor atuk.
“Sepupu yang bawa motor. Masa perjalanan balik, tudung tu makin terkebelakang. Tiba-tiba terbang atas jalan raya.
“Jalan kampung tu lengang je, tiba-tiba ada kereta lalu dan lenyek tudung saya. Tapi saya ambil dan pakai semula, tak kan nak balik rumah pakai serkup je,” ujarnya berseloroh.
Mesra disapa Lola, dia bersyukur apabila ramai yang terhibur menonton video itu. Namun katanya, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif segelintir netizen.
“Ada orang tanya kenapa tak pakai mask. Video itu dirakam pada tahun baharu 2020. Masa tu Covid-19 belum menular serius di negara kita.
“Ada juga yang tanya kenapa tak pakai topi keledar. Kedai runcit tu dekat je dengan rumah, jalan kampung. Bila diminta beli barang, kelam-kabut pergi tak sempat nak pakai helmet.
“Video YouTube tu abang saya yang edit. Saya nak buang rakaman tudung terbang tapi abang minta kekalkan. Dia kata scene macam tu yang orang nak tengok.
VIDEO DIBAWAH:-
Video Player
kredit mykmu