Tular video sekumpulan remaja bertindak seolah ‘mencabar’ kepala air yang datang dari sungai, salah gaya makan tuan badan nanti

Tular video sekumpulan remaja bertindak seolah ‘mencabar’ kepala air yang datang dari sungai, salah gaya makan tuan badan nanti

Fenomena kepala air sering berlaku ketika musim hujan terutama sekali di kawasan air terjun

Dan banyak juga kejadian yang telah meragut nyawa disebabkan fenomena tersebut.

Tular video sekumpulan remaja bertindak seolah 'mencabar' kepala air yang datang dari sungai, salah gaya makan tuan badan nanti

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amruljemat telah berkongsi sebuah video yang memaparkan sekumpulan remaja bertindak masih bermain di sungai dimana arus air sungai mulai deras dipercayai fenomena kepala air sedang terjadi.

Dapat dilihat, para remaja tersebut gembira bermain dan tidak berganjak sehingga arus air terlihat deras barulah mereka berlari ke tepi.

@amruljematKepala air takleh bawak main dek

♬ original sound – Amrul

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan sekumpulan remaja tersebut yang membahayakan diri mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecam tindakan mereka dan mengatakan jika berlaku sesuatu kepada mereka akan menyusahkan banyak pihak untuk menyelamatkan mereka.

BACA:

Peneroka ini tiba-tiba buat pendedahan apa sebenarnya yang berlaku dengan hutang Felda yang ramai tak tahu

Hati-hati semua! Lelaki ini dedah cara scammer di Tanah Suci buat kerja ramai tak tahu