Usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak, Dewan Rakyat gamat. Persidangan Dewan rakyat sesi pagi pada Isnin kecoh susulan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul yang dikemukan Isnaraissah Munirah Majilis@ Fakharudy (Warisan-Kota Belud) untuk membahaskan isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kekecohan bermula apabila Isnaraissah Munirah bangkit mempersoal keputusan Azhar Azizan yang tidak meluluskan usul kali ketiga yang dibawanya.
“Saya cukup hairan (dan) mahu tanya kerajaan Persekutuan sampai tahap apa yang bahas ini dibolehkan? Dibahaskan dalam dewan ini? Ini soal kedaulatan negara, bukan soal remeh-temeh.
“Saya mohon semua ahli-ahli Parlimen Sabah dan juga yang lain untuk berdiri memohon supaya usul ini dibincangkan, dibahaskan dalam dewan ini,” katanya.
Tanpa memberi maklum balas kepada persoalan yang dibangkitkan Isnaraissah Munirah, Azhar Azizan memberi peluang kepada beberapa ahli Parlimen pembangkang lain untuk mencelah tentang isu sama.
BACA:
Awie luah rasa kecewa lepas buat persembahan, ini puncanya
Lucinta Luna hanya boleh telan betik lepas bedah buang halkum
Ini senarai 9 negara bakal berdepan nasib seperti Sri Lanka