(Video) Masihkah ada ghanimah untuk ditabur?

Dua parti Melayu terbesar itu dilaporkan bersetuju untuk mendaftarkan kerjasama politik mereka, Muafakat NASIONAL.

UMNO juga pernah mengugut untuk menarik sokongannya kepada PERIKATAN NASIONAL, kecuali BERSATU memenuhi beberapa tuntutan mereka.

Terdahulu PAS menjelaskan pendiriannya dalam Muafakat Nasional tetap sama walaupun UMNO meletakkan syarat baharu dalam kerjasama politik dengan PERIKATAN NASIONAL.

Baru-baru ini UMNO memutuskan untuk meletakkan syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PERIKATAN NASIONAL .

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Nampaknya amaran Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan kepada PAS tidak diendahkan oleh parti itu.
Permohonan peneraju PERIKATAN NASIONAL, iaitu BERSATU pada Ogos lalu untuk menyertai Muafakat Nasional juga belum dirasmikan.

Namun akar umbi UMNO dikatakan tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea tersebut, kerana menganggap BERSATU sebuah parti yang mengkhianati UMNO.

Ketika ini, UMNO mempunyai 39 ahli Parlimen manakala PAS pula 18 ahli Parlimen.

Pendaftaran Muafakat Nasional tanpa BERSATU adalah tamparan besar buat parti itu memandangkan kedua UMNO dan PAS bersekutu menyokong Kerajaan TEBUK ATAP.

Gabungan UMNO-PAS dijangka meletakkan BERSATU dalam posisi yang sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Kita tunggu jurus apa yang akan digunakan oleh BERSATU bagi memaksa UMNO menerimanya dalam pakej Muafakat Nasional.

Berita penuh :https://jomchannel.net/bersatu-ditinggalkan-masihkah-ada-ghanimah-untuk-ditabur/