Polis menahan seorang lelaki kerana menganggu dan menghalang tugas polis ketika membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di rumah berkenaan jam 3.30 petang.
“Serbuan itu dibuat berhubung siasatan satu kes bersabit Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
“Ketika serbuan dilakukan seorang lelaki berusia 24 tahun menganggu tugas polis dengan membuat rakaman video dan menyiarkan melalui siaran langsung di Facebook.
“Selepas amaran diberi tidak diendahkan, kami menahan dan merampas telefon bimbit daripada lelaki itu kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, tangkapan dan rampasan itu dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Berita penuh :https://alhadi.my/2020/11/08/ditahan-rakam-dan-ganggu-tugas-polis/