Video sebalik tabir Maryam di Punchline DAC, Lisa Surihani & Hazama juga terhibur!

Rasanya ramai masih ingat dengan episod rancangan Punchline DAC yang bersiaran di Astro Warna baru-baru ini apabila menampilkan pasangan popular DurianKimchi iaitu Maryam dan Ryzal dimana rancangan terbabit seperti diketahui dikendalikan oleh pengacara tersohor, Datuk AC Mizal.

Episod terbabit boleh dikatakan cukup kelakar buat penonton malah buat peminat DurianKimchi itu juga apabila pelbagai segmen melucukan yang dilakukan Maryam ketika itu.

 

Malah, pelakon Lisa Surihani juga turut terhibur dengan gelagat personaliti media sosial dari Korea itu, Maryam apabila ada-ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan orang ramai.

Biarpun begitu, menerusi ruangan Instagram DurianKimchi nampaknya Maryam menjadi perhatian lagi apabila dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan disebalik tabir perkara yang berlaku disaat Maryam di set rancangan tersebut.

Melalui video, penyanyi popular iaitu Hazama turut dilihat terhibur dengan kata-kata Maryam dan dalam pada masa yang sama, Lisa Surihani juga akui suka dengan segmen yang ada dia dan suka melihat kecomelan Maryam.

 

Video terbabit ternyata turut membuatkan warganet juga terhibur dengan gelagat Maryam sehingga mendapat ribuan tanda suka disamping ditonton ribuan kali di Instagram dan berikut pula antara reaksi yang ditinggalkan.

“Maryam always makes us laugh…”

Maryam Maryam

“Semua orang terhibur dengan Mariam…”

Maryam Screenshot_482

Sumber:https://himpunanceritalawak.com/2021/01/24/video-sebalik-tabir-maryam-di-punchline-dac-lisa-surihani-hazama-juga-terhibur/